Friday, December 26, 2008

TIADA ISTILAH PENAT DALAM PERJUANGANKU..( Jumaat,26hbDecember 2008)

Assalamualaikum W.B.T..Jam 10.30 malam aku tepat2 sampai rumah.Baru balik dari uruskan pentas,peralatan,banner,banting.Waduh3x!Penat tu aku dah xboleh nak sebut..sampai terlintas di fikiran aku,tiada ISTILAH PENAT dalam perjuangan ku.

Program karnival tinggal sehari je lagi.Aku dan rakan seperjuangan Nisa' bertungkus lumus usahakan agar program karnival Indoor Games ni mendapat sambutan masyarakat.Kalau sebut pasal makan,aku dah xde selera nak makan 2 3 hari ni slagi keje x settle.Tp x kurus2 gak,ni yg aku musykil ni.hehehehehe.

Lagi 4 hari program nak bermula di bandar Kuantan ni,tiba2 aku dapat panggilan dari setiausaha aku,mumtahanah, yg program kami xdpt kelulusan permit dr Majlis Perbandaran Kuantan.Aku cepat2 call Ketua bahagian perlesenan untuk permit program,nasib baik dpt cakap dengan pegawai tu.Macam2 lah masalah nya dengan MPK ni,tiba2 nak caj pulak permit ruang legar bangunan lah,permit parking lah,permit hiburan lah,permit iklan lah dan macam2 lagi yang melibat kan DUIT.aku dan urusetia lain dah pening kepala,sebab berapa hari je lg.promotion semua dah sebar,peserta dari daerah2 pun dah ade tiba2 ada masalah utk pihak2 yang nak mengaut keuntungan dengan cara mudah.Atas alasan,semua program di Kuantan adalah di bawah pengawasan Majlis perbandaran.

Ni yg aku menyampah betul dengan pihak2 berkuasa yg mcm ni.Mudah2 je nak ambik untung,atas alasan takut org ramai komplain jalan sesak lah,komplain gangguan bising lah dan mcm2.Klu government,free xyah bayar.Tp klu NGO mcm Nisa' ni kena bayar.Klu x bayar,kena kompund!Pendek kata semuanya cekik darah!Seolah2 mcm krjan British yg mengenakan cukai ke atas penduduk Tanah Melayu.Tak ade beza kan???

Dari pagi aku kuar rumah,sibuk g mesyuarat lah,pegi MPK lah,pegi urus barang2 yg nak diangkut ke tapak program,sampai malam pun sibuk lagi nak menggantung banner.Nasib baik ade muslimin boleh tlg pasang,dpt lah aku balik rumah ni.

Tapi hari ni aku cukup tersentuh dan rase gembira semasa aku sibuk pantau tapak program selepas maghrib td di Malay Town.Ade sorang peniaga wanita muda ni,tegur kami semasa lalu di gerai dia.Then kami tertarik dengan buku2 yg dia jual.Mase tu muka aku dah x boleh nak senyum sebab banyak perkara yang aku x selesai lagi untuk program ni.Aku tgh berfikir pasal hadiah untuk cabutan bertuah yg x cukup lagi 4 .Then bila aku tgk kedai dia dah wajah wanita muda ni,aku jd sejuk hati dan tertarik dengan buku2 nya.Afzan mase tu lah borak2 dulu,then wanita td tanya aku buat program apa Ahad ni.Aku cakap lah program aku tu.Then dia tanya,xnak mintak dia sponsor hadiah ke?Aku bagaikan xpercaya,rupanya Allah mendengar isi hati aku yg aku sedang mencari2 sponsor hadiah penaja ni.Then aku memang xsangka,dia sponsor 4 buah kitab dan Tafsir Quran yg agak mahal bagi aku.Subhanallah,Allah mendengar isi hati aku.Subhanallah..Syukran Ya Rabb..Alhamdulillah....

The moral is..aku yakin yg Allah Maha Memakbulkan isi hati hambaNya dan aku yakin yg cepat atau lambat InsyaAllah Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya,apatah lagi kepada hambaNya yg berjuang di landasan Allah....Syukran Ya Allah..Sesungguhnya Engkau Ya Rozak Yang Maha Pemberi Rezeki dan kau murahkanlah rezeki2 hamba2MU...Amin...

1 comment:

cikgu sharifah said...

Salam Mas. Sungguh jauh masa meninggalkan kita. Selamat berjuang. Masih ingat cikgu...?

JADIKAN RASULULLAH S.A.W. IDOLA KITA..QUDWAH HASANAH..

RINDUKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYURGAMU..