Saturday, February 21, 2009

KESIAN KUCING KU..


Gambar 1 : Mumba ketika berumur setahun lebih, gambar sebelum cedera.


Assalamualaikum.Dah seminggu kucing jantan aku yang bernama MUMBA ni injured kat perut.Aku xtau mumba luka disebabkan apa.Aku malas nak tunjuk luka Mumba kat picture ni,takut ada yang pengsan kang.hehehe.Luka mumba ni mcm kena tembak dengan peluru sebab luka dia berlubang besar teruk sangat. Actually aku mula2 xfikir yang luka dia teruk,sebab petang tu abang aku dah bgtau yang salah sekor kucing aku ni luka.Aku fikir luka mumba sikit-sikit aje,jd malas nak beriya sangat tengok sbb bila aku pandang Mumba,dia tengah tidur.Maybe tengah sakit sangat mase tu.Last2 b4 tusyen malam tu,anak murid aku datang nak tusyen dan nampak luka mumba teruk sangat.Aku pun tengok lah dan aku cepat2 berkhidmat sbg "doktor haiwan" balut dan cuci luka mumba.semua adik beradik aku surrender xnak tengok, sbb xsanggup.Tp aku gagahkan mata aku untuk lihat luka dalaman mumba hingga menampakkan isi perut tu.
Sejak malam tu,mumba pun terus mendapat layanan special la dr aku berbanding kucing2 lain.Siap aku bg tidur dalam bilik aku,supaya dpt tgk pergerakan dia takut dia gigit balutan atau xselesa dengan ikatan bandage tu.Sehari,sebanyak 3 kali aku tukar bandage dan gauze(kain kapas yang dah steril dari farmasi-bebas dr kuman).Sapu guna flavine(ubat kuning).Mumba sekali sekala berbunyi juga bila aku cuci sekitar luka tu.Tp aku gosok2 kepala dia,cara2 nak lembutkan dan manjakan kucing(aku belajar dr doktor haiwan yang rawat kucing2 aku b4 this). Kali ni,Mumba cedera tp aku x bawak ke klinik.sbb semua ubat dan alatan rawatan aku dah standby awal2.
Skrg dah seminggu Mumba dibalut,aku kononnya pagi2 e
soknya nak buka balutan bandage pada perut mumba.Mcm tau2 je balutan dia tu boleh tanggal time tu,mumba dah tanggal sendiri guna kaki dan kuku2 serta giginya yg tajam hehehe..Almaklumlah dah c hat,ada kekuatan nak bergerak.Klu x, aku pegang badan mumba c kit aje,tumbang melebih2 sbb takut pegang luka dia.ahakhakhak.Mumba..mumba..x sia2 aku kutip kau dan sekarang rezeki kau duk umah aku dpt makan free 3 kali sehari...smg mumba "mendoakan" aku sbg tuannya di akhirat kelak...InsyaAllah...Hanya Allah sahaja yang tahu...Gambar 2 : Mumba setelah dirawat akibat cedera bahagian dalaman hingga menampakkan isi perutnya.Kini Mumba berumur 2 tahun.
Gambar 3 : Kira OK jugak lah aku balut kan.(hehe..puji diri sendiri tu..)
Gambar 4 :
Amboi boi boi...Aku berpeluh2 cuci luka mumba,dia sedap2 aje jilat badan ye.hehe

DUGRO vs MAMBRO - LULU vs CHIPMUNK

Apa tu Dugro vs Mambro dan Lulu vs Chipmunk?hikhik.Actually tu nama kucing2 aku.Dugro bapak nya, Mambro pulak anaknya.Kedua2Nya jantan. Manakala Lulu emaknya (wife Dugro) dan Chipmunk anaknya.Yang ni kedua2nya betina.hikhikhik.Lucu lak kan sebab ada anak ayah dan ada anak emak. Maksud aku, Chipmunk anak Lulu dan Mambro anak Dugro.Tak percaya???Mari kita lihat picture ini untuk dibandingkan.hikhikGambar 1 : DUGRO berumur 2 tahun 5 bulan (Ayah Mambro.Mari kita lihat generasi keturunan Dugro dibawah ini samada sama atau tidak baka nya ) Gambar 2 : Baka dari Dugro menghasilkan MAMBRO yang berumur 5 bulan!Besar kan?!hikhik.Anak bapak!Memang sebijik warna bulu dan sikap kemalasannya yg kuat tido!samalah mcm dugro.hahaha.Sekarang mari kita lihat sapa anak Lulu pulak. Gambar 3 : LULU berumur 2 tahun 5 bulan.Tengah bunting tu.Tunggu hari je.Bising lah abang aku rumah bertambah lagi penghuni.ahakhakhak.xpe2nanti kita tunjuk kandang kucing2 yang baru nak kenal alam ni.hehehe.Sudah bersedia mahu melihat anak Lulu?sama lah anak dugro cuma yang ni anak emak la... Gambar 4 : Haa ni lah anak Lulu yang bernama Chipmunk!Umur 5 bulan jugak.Adik beradik dengan Mambro!Tengok tompok2 nya sama seperti Lulu.Cuma Lulu xbanyak tompok sgt lah.hikhik.Gambar 5 : Inilah kandang kucing yang terletak di laman rumah aku.Tp kalau anak-anak kucing yang baru lahir je lah aku letak dalam ni.Yang dah pandai berak dan kencing kat luar rumah,dapat permission lah tido dalam rumah.

Kucing yang kita jaga dengan baik ni, ada juga baktinya pada kita.Contohnya,klu kita letak kucing dalam rumah atau sekitar laman waktu malam ke siang ke,at least dpt jugak jaga rumah kita ni sebab pengalaman aku b4 this ular pernah masuk dalam rumah aku.Then Dugro dan Lulu yang lawan dengan ular tu sampai mati.Itulah agaknya cara binatang kesayangan ini membalas budi tuan yang menjaga makan,minum dan tempat tinggal mereka.Jadi kepada sesiapa yang TAK SUKAKAN KUCING, xpelah asalkan..bahagia...yelah mana tau ade penyakit asma ke..penyakit geli ke..hehehe.Actually,klu kita penat2 balik kerja dan ada masalah,bila main kucing ni hilang gak tention kan.

Aku kadang2 sensitif dengan orang yang x sukakan kucing sampai sepak2.Selalu jumpa kat kedai makan.Klu org lelaki yang aku pernah nampak la,disepak2 kucing ni even jauh lagi dr meja makan.Klu org pempuan lagi lah aku menyampah,kucing jauh lagi, dah menjerit sebatu.Geli lah katakan.Ada cara nak bagi org yg geli pegang kucing ni,contoh mcm anak saudara aku.Memang penggeli dengan kucing,termasuk dengan mak dia(kakak aku).Ada satu masa tu,aku cakap kat kakak aku ada "present" org bg dia.Aku suh dia tadah tangan ambik hadiah.last2 aku letak anak kucing aku yang baru lahir tu atas tangan dia.Jgn kata menjerit,menjerit tu dah xde dah sbb dah menangis dah tp tgn tetap pegang lagi anak kucing tu.ahakhakhakhak.lucu sangat2x.

Yang anak saudara aku ni lak, time dia tido, aku tukar bantal peluk dia tu dengan kucing.Sebab suka sgt tido siang,aku bagi kucing wat peluk.Automatik sedar dan terus bangun xtido2 dah!ahkahak.kira aku ni bukannya jahat, tp aku ni kira "nakal" lah dlm family.ehehehehe.sbb aku je yg sibuk nak jaga kucing.Last2 skrg ni,kakak aku n anak sedara yg geli kucing tadi siap bela kucing Parsi lagi mengalahkan baka kucing2 aku.hahahaha.Lucu2x.So kepada persatuan2 kucing, jaga lah rumah tuan2 anda dengan menangkap2 tikus2 dan binatang2 yang boleh membahayakan tuan anda.hihii


JADIKAN RASULULLAH S.A.W. IDOLA KITA..QUDWAH HASANAH..

RINDUKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYURGAMU..