Friday, December 26, 2008

TIADA ISTILAH PENAT DALAM PERJUANGANKU..( Jumaat,26hbDecember 2008)

Assalamualaikum W.B.T..Jam 10.30 malam aku tepat2 sampai rumah.Baru balik dari uruskan pentas,peralatan,banner,banting.Waduh3x!Penat tu aku dah xboleh nak sebut..sampai terlintas di fikiran aku,tiada ISTILAH PENAT dalam perjuangan ku.

Program karnival tinggal sehari je lagi.Aku dan rakan seperjuangan Nisa' bertungkus lumus usahakan agar program karnival Indoor Games ni mendapat sambutan masyarakat.Kalau sebut pasal makan,aku dah xde selera nak makan 2 3 hari ni slagi keje x settle.Tp x kurus2 gak,ni yg aku musykil ni.hehehehehe.

Lagi 4 hari program nak bermula di bandar Kuantan ni,tiba2 aku dapat panggilan dari setiausaha aku,mumtahanah, yg program kami xdpt kelulusan permit dr Majlis Perbandaran Kuantan.Aku cepat2 call Ketua bahagian perlesenan untuk permit program,nasib baik dpt cakap dengan pegawai tu.Macam2 lah masalah nya dengan MPK ni,tiba2 nak caj pulak permit ruang legar bangunan lah,permit parking lah,permit hiburan lah,permit iklan lah dan macam2 lagi yang melibat kan DUIT.aku dan urusetia lain dah pening kepala,sebab berapa hari je lg.promotion semua dah sebar,peserta dari daerah2 pun dah ade tiba2 ada masalah utk pihak2 yang nak mengaut keuntungan dengan cara mudah.Atas alasan,semua program di Kuantan adalah di bawah pengawasan Majlis perbandaran.

Ni yg aku menyampah betul dengan pihak2 berkuasa yg mcm ni.Mudah2 je nak ambik untung,atas alasan takut org ramai komplain jalan sesak lah,komplain gangguan bising lah dan mcm2.Klu government,free xyah bayar.Tp klu NGO mcm Nisa' ni kena bayar.Klu x bayar,kena kompund!Pendek kata semuanya cekik darah!Seolah2 mcm krjan British yg mengenakan cukai ke atas penduduk Tanah Melayu.Tak ade beza kan???

Dari pagi aku kuar rumah,sibuk g mesyuarat lah,pegi MPK lah,pegi urus barang2 yg nak diangkut ke tapak program,sampai malam pun sibuk lagi nak menggantung banner.Nasib baik ade muslimin boleh tlg pasang,dpt lah aku balik rumah ni.

Tapi hari ni aku cukup tersentuh dan rase gembira semasa aku sibuk pantau tapak program selepas maghrib td di Malay Town.Ade sorang peniaga wanita muda ni,tegur kami semasa lalu di gerai dia.Then kami tertarik dengan buku2 yg dia jual.Mase tu muka aku dah x boleh nak senyum sebab banyak perkara yang aku x selesai lagi untuk program ni.Aku tgh berfikir pasal hadiah untuk cabutan bertuah yg x cukup lagi 4 .Then bila aku tgk kedai dia dah wajah wanita muda ni,aku jd sejuk hati dan tertarik dengan buku2 nya.Afzan mase tu lah borak2 dulu,then wanita td tanya aku buat program apa Ahad ni.Aku cakap lah program aku tu.Then dia tanya,xnak mintak dia sponsor hadiah ke?Aku bagaikan xpercaya,rupanya Allah mendengar isi hati aku yg aku sedang mencari2 sponsor hadiah penaja ni.Then aku memang xsangka,dia sponsor 4 buah kitab dan Tafsir Quran yg agak mahal bagi aku.Subhanallah,Allah mendengar isi hati aku.Subhanallah..Syukran Ya Rabb..Alhamdulillah....

The moral is..aku yakin yg Allah Maha Memakbulkan isi hati hambaNya dan aku yakin yg cepat atau lambat InsyaAllah Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya,apatah lagi kepada hambaNya yg berjuang di landasan Allah....Syukran Ya Allah..Sesungguhnya Engkau Ya Rozak Yang Maha Pemberi Rezeki dan kau murahkanlah rezeki2 hamba2MU...Amin...

Monday, December 8, 2008

My late parent...in memories
My late parent..Allahyarham Ismail Bin Mohamad dan Allahyarham Maimun binti Tahir.Gambar tu mase kami sekeluarga di KL.Allahyarham baru menang kes saman akhbar The Star.Allahyarham memang kuat berpolitik.Aku ni kiranya ikut darah semangat arwah ayah aku lah.Mak aku pulak bekas seorang guru bahasa inggeris.Memang tegas sgt2!Klu nak tau aku ni pernah kena cili mulut oleh arwah mak mase aku darjah 1.Ingat lagi kenangan tu pasal aku ade lah sebut perkataan yg xelok,manalah aku tau sbb xfaham makna kan...Ikut kawan2 mase tu.So..memang power lah cili mak aku kasi,pedas tu!!sampai skrg aku boleh bayangkan pijar cili tu kena kat mulut.ahakhakhakahak!

Alla
hyarham ayah pulak aku xpernah pun naik tangan kat aku,jentik pun tak pernah.Memang arwah ayah jenis yg xnaik tangan pd anak2.Aku memang rapat dgn arwah ayah.Klu ingat zaman sekolah,dari darjah 1 sampai tingkatan 2,arwah ayah xpernah biarkan aku pergi balik naik bas ke,van ke,teksi ke,apatah lagi berjalan kaki ke sekolah.Sampai aku kena sound
dgn sorang guru lelaki sebab cikgu tu kata aku ni "ANAK MALAYSIA" sbb arwah ayah antar aku sampai masuk kawasan sekolah..nak wat camno...aku mane langgar peraturan sekolah pun mase tu.sampai lah tahap Memang arwah ayah akan hantar aku pergi balik,sbb selepas kes tulang kaki kanan aku teralih akibat aku main2 atas lori trailer mase sekolah rendah,arwah ayah memang risau kat aku.Kat adik beradik lain pun arwah ayah layan sama rata,tp mase
zaman kanak2 kira aku ni anak perempuan yg nakal lah,kawan pun dgn budak2 laki.naib baik aku jd muslimah ila besar ni.hehehe

Allahyarhamah mak aku memang cukup tegas orangnya.Arwah mengajar di sebuah sekolah inggeris di terengganu tahun 1970an.Sekolah apapun aku x igt.Arwah pemurah dgn senyuman.Bersabar je didik kami 9 beradik.Perkara paling melucukan,abg aku yg ke 2 dan ke 3,izan n izwari pernah kena kejar dgn arwah mak sbb wat hal.abg aku yg izan ni kena kejar sebb dia lambung2 adik bongsu aku last2 dia lost control n adik bongsu(malia) jatuh kat tanah.hehehe.aku rase lucu s
bb mase tu muka aku adik beradik pucat giler.tp bila tgk abg aku kena kejar semua gelak.tp alhamdulillah,adik aku tu waras lagi.hhehe.dah keja pun kat Tax company kat Kuantan ni.Abg aku yg kena kejar td pun sorang dah kerja kat Accounting company di KL,sorang lagi di Wisma Sri Pahang(Government).

Hasil didikan kedua org tua ku,kami adik beradik alhamdulillah berjaya.Abg sulung aku passed away 2001,memang baik sgt2.Dah berkeluarga.ada anak sorang.Abg aku yg ke 6,sakit istimewa.He's unable to m
anage himself.So kami adik beradik jaga.Nama abg aku ni Iazran.27 tahun.Every month,kami bawa ke Kuantan Medical Center utk rawatan susulan.Sebb kadang2 dia pitam n sawan.We all really love him because his act likes a child.Please God Protect him and Blessing him Always..

Kakak aku dua org aje.Yang pertama ni kerja sbg kerani akaun.Dah berkeluarga,anak 3.Kakak yang kedua pun dah berkeluarga.Owner pusat tusyen kat Indera Mahkota 14.Abg ipar aku sorang tu kerja juruukur,sorang lg ni letcurer kat Kolej Profesional Mara.
Adik bongsu aku mcm yg aku ckp td kerja kat Tax company.Adik kedua aku pulak kerja di SPR Wilayah Persekutuan.Aku selalu buli diaorg ni mase kecik2,skrg aku lak yg kena buli,masak2 kat diorg.xpelah,selagi aku bujang,biarlah air tgn aku yg masak utk adik2 aku. Aku rase cukuplah setakat ni aku celoteh..seringkasnya aku ceritakan...Jumpa lagi di lain masa..ta ta..ti ti.. tu tu..
Abang ipar aku,Fazli,kakak aku,maisarah,anak sulung kakak,Mohd Fariz Izzudin(Nama arwah abg sulung) dan abg ke3 aku,Izan Hilmy.

Sunday, December 7, 2008

LABBAIKALLAHUMMALABBAIK....

Panggilan haji telah bergema ke segenap penjuru dunia. Panggilan ini bukan berupa genderang yang terdengar saat berperang. Bukan pula tiupan terompet pada saat penggantian tahun. Ini langsung dari Sang Pencipta alam semesta, Sang Pemeberi Rahmat dan kehidupan di seluruh jagat raya.
Jutaan umat pun menyambutnya. Dari berbagai negeri mereka beramai-ramai datang dengan berbagai cara, menuju satu titik, dengan satu tujuan, satu seruan kerinduan…, “Labbaik Allahumma Labbaik… Labbaika La Syarika Laka Labbaik…”
Ribuan malaikat ALLAH pun mengangkut di pundak-pundak mereka kidung jawaban para hamba ALLAH atas panggilan cinta, untuk dihamparkan di Arasy Laisa Kamitslihi Syaiun.
Betapa bahagianya mereka kerana terpilih sebagai tamu ALLAH yang tertulis langsung di Lauhil Mahfuz. Bukan kerana kaya, tampan, ataupun berpangkat. Tetapi kerana taqwa dan percaya akan ALLAH Yang Esa.
Mereka bukan saja akan mencium Hajar Aswad, mengitari Ka’bah, dalam luapan cinta yang mendalam. Mereka bukan saja akan berjajar memenuhi Masjidil Haram. Tetapi mereka juga akan shalat berjemaah dengan semua nabi dan rasul, segenap awliya’, jin-jin mukmin-muslim, bahkan dengan debu-debu dan kehangatan matahari, yang semuanya bertasbih.
Siapa pun yang pernah merasakan kehangatan kasih Sang Khaliq, pastilah ingin senantiasa berkunjung ke rumah-NYA. Dan rasa inilah yang senantiasa menyelimuti hati hamba-hamba-NYA yang shalih, yang tinggi derajat taqwanya serta sangat dekat dengan ALLAH, para kekasih ALLAH.
Bagi mereka, haji bukan sekadar ritus untuk mematangkan dan menyempurnakan rukun Islam. Melainkan, lebih daripada itu, sebuah kunjungan kepada Sang Kekasih Sejati.
Sebagaimana dijelaskan oleh seorang sufi pada abad pertengahan Islam (1000-1250 M) asal Nishafur, Iran, Syaikh Abu Qasim Al-Qushairi, dalam kitabnya, Lathaif Al-Isyarah, ibadah haji laksana mengunjungi rumah seorang sahabat, bahkan kekasih. Tujuannya bukanlah rumah itu, melainkan pemilik rumah itu sendiri.
Demikian pula dengan menasik haji bagi para sufi dan wali, mempunyai erti tersendiri. Misalnya, berangkat dari tanah air ke Tanah Suci Makkah bukan semata-mata berangkat meninggalkan rumah menuju Baitullah. Melainkan, yang lebih penting lagi, meninggalkan semua perbuatan yang mengakibatkan dosa.
Ihram pun demikian. Mereka tidak hanya memakai pakaian yang tidak dijahit. Tetapi, lebih dari itu, melepaskan semua atribut kemanusiaan, dan menganggap manusia sederajat di hadapan Tuhan, kecuali dalam taqwa kepada-NYA.
Wuquf dan bermalam di Padang Arafah, yang dipandang sebagai inti ibadah haji, bagi para kekasih ALLAH, merupakan momen untuk mengalami kehadiran Tuhan dan menyaksikan tanda-tandanya. Hal yang sama juga berlaku untuk wuquf di Muzdalifah, yang secara simbolis merupakan upaya untuk melepaskan diri dari hawa nafsu.
Demikian pula dengan wuquf di Mina. Ia simbol kesediaan diri untuk meninggalkan kesenangan duniawi dan kehendak diri yang tercela.
Ketika sampai di Makkah, para peziarah haji berthawaf mengelilingi Ka’bah, rumah Tuhan, yang dibangun oleh Nabi Ibrahim. Bagi para kekasih ALLAH, Ka’bah merupakan simbol arah dan penunjuk menuju jalan Tuhan.
Thawaf adalah simbol cinta dan kasih sayang. Ia adalah gerakan yang menunjukkan kepemilikan diri manusia kepada Pusat Perputarannya. Makna thawaf hanya dapat diraih oleh orang-orang yang mengetahui kebenaran sejati, yakni para ‘arifin (mereka yang mengenal Tuhan) dan muwahhid (orang yang mengesakan Tuhan dengan benar).
Tentang sa’i antara Safa dan Marwah, berlari kecil dari Bukit Safa bermakna bahawa peziarah haji mendaki untuk meraih kesucian batin dan pertemuan dengan Tuhan melalui cahaya ilmu pengetahuan. Sementara, Bukit Marwah merupakan pendakian menuju penyucian ruh melalui jalan pertaubatan.
Berkaitan dengan melempar jumrah, para kekasih ALLAH itu memandang bahawa manasik merupakan upaya untuk melemparkan jauh-jauh fikiran dan kehendak yang mementingkan diri sendiri dari hati dan fikiran.
Begitu juga dengan dhahiyyah (berqurban), yang secara formal adalah menyembelih binatang qurban, bagi para kekasih ALLAH itu adalah upaya untuk mengorbankan keinginan-keinginan peribadi untuk meraih cinta dan kedekatan dengan ILLAHI RABBI.
Mereka melaksanakan setiap rukun ibadah Haji itu dengan segenap jiwa dan perasaannya. Berharap-harap cemas, bahkan waswas, jangan-jangan Sang Kekasih menolak cintanya. Seperti yang dialami oleh Imam Ali Zainal Abidin RA, cicit Baginda Nabi Muhammad Sallahu Allaihi wa Sallam.
Ketika itu, ia hendak mengenakan pakaian ihram. Tiba-tiba wajahnya memucat. Bibirnya pun gementar, tidak bisa mengucapkan kalimat Talbiyah. Orang-orang di sekitarnya hairan, hingga beranikan diri bertanya.
“Wahai dzuriyat Rasulullah, mengapa Tuan tidak mengucapkan ‘Labbaik’ saat permulaan ihram?”
Imam Ali RA menjawab, “Aku sangat takut, jangan-jangan dijawab ‘La Labbaik’ (Kehadiranmu tidak diterima).”
Setelah itu, Imam Ali mencuba mengucapkan “Labbaik” dengan beratnya sampai-sampai dia jatuh pengsan dan terjatuh dari untanya.
Setelah siuman, dia mencuba mengucapkan “Labbaik”. Lagi-lagi, dia pengsan.
Begitu seterusnya, hingga seluruh amalan hajinya disempurnakan dalam keadaan seperti itu. Dalam buku Hajinya Para Kekasih ALLAH, karya Syaikh Muhammad Zakariyah, dikisahkan, seorang waliyullah, yang tinggal di Makkah selama 70 tahun, setiap tahunnya menunaikan ibadah haji atau umrah. Akan tetapi, bila memulai ihram untuk haji atau umrah dan mengucapkan “Labbaik”, ia mendapatkan jawaban “La Labbaik”.
Suatu ketika ada seorang pemuda yang memulai ihram bersamanya. Ketika sang wali mendapatkan jawaban “La labbaik”, pemuda itu juga mendengarnya. Si pemuda berkata, “Wahai Syaikh, engkau mendapat jawaban ‘La Labbaik’?”
Sang wali bertanya, “Apakah engkau juga mendengarnya?”
“Ya, aku mendengarnya.”
Mengetahui hal itu, sang wali menangis dan berkata, “Wahai pemuda, sudah 70 tahun aku mendengar jawaban seperti itu.”
Sang pemuda bertanya dengan penuh tanda tanya, “Lalu, mengapa Paman selalu bersusah payah seperti ini?”
“Wahai pemuda, pintu siapa lagi yang harus aku ketuk kalau bukan pintu-NYA? Dan mahu pergi ke mana lagi selain kepada-NYA? Tugasku hanyalah berusaha. Akan diterima atau ditolak, itu terserah DIA. Hanya kerana masalah ini, tidaklah baik seorang hamba lari dari rumah Tuhannya.”
Setelah berkata demikian, sang wali menangis dengan kuatnya sehingga dadanya basah oleh titisan air mata.
Setelah itu, beliau kembali mengucapkan “Labbaik” sekali lagi. Dan beliau mendengar, “Kami telah menerima kehadiranmu. Dan Kami pun berbuat seperti ini kepada setiap orang yang berhusnuzhan kepada Kami. Bukan orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya, tetapi mengharapkan rahmat Kami.”
Si pemuda juga mendengar jawaban itu, maka beliau berkata, “Syaikh, apakah engkau mendengar jawaban itu?”
“Ya, aku mendengarnya,” kata sang waliyullah. Kemudian beliau menangis dengan kuatnya sehingga meninggal dunia.

DAIRI ILA 1:PERJALANAN HIDUPKU SEBAGAI HAMBA ALLAH

Assalamualaikum.Alhamdulillah,dpt juga aku membina blog yg serba ringkas ini.Sekadar mengisi masa ku yang tidak juga lapang,tetapi asal ada mase yang terluang sedikit dan terhad ini,aku terus menatap laptop kesayangan ku ini.

Mengapa aku buat blog peribadi ye?Bagi aku,ini bukan blog peribadi ku.Aku ingin berkongsi sebahagian hidupku dengan sesiapa sahaja kerana aku akan rase puas.Seharian penat dengan bermacam urusan,aku nak lepas tention aku tatap laptop ni.Kadang2 apa yg aku tulis ni mcm aku baca kisah org lain.Kelakar lah pulak.hihi.

Apapun,aku mulai risau xlama lagi umur ku berganjak masuk 26 tahun.Alahai,lagi 4 tahun aku rase mcm dah tua je nak masuk umr 30.Ops,maaf ye insan yg berumur 30, aku x berniat nak sebut "tua" tu tp aku fokus pd diri ku.Lain org,lain perasaannya.Ada org xkisah pasal umur,maybe sbb dah berkeluarga.Aku ni lain lah,bujang terlajak je rasa.hehe

Malam ni,semua famili aku dah penat kemas rumah dan masak utk sambutan aidiladha.Aku pun penat jugak lah,sebelum abang aku panggil aku suruh tolong dia cepat2 aku bukak laptop ni.hahaha.Tutup lampu bilik,buat2 tido.ahakhakhak.Apepun,esok mcm biasa aku adik beradik pegi masjid negeri,after that terus pergi ziarah kubur kedua Allahyarham dan Allahyarhamah ibubapa aku.Then terus ziarah kubur Allahyarham abang aku.Ni yg nak sedih ni.

Tapi aku dah rasa biasa dgn kesedihan ni.Arwah mak aku dijemput Ilahi tahun 2001.Arwah abg aku pun tahun 2001.Arwah ayah aku meninggal mase aku form 3,tahun 1997 (mase tu ekonomi sedang gawat,gara2 George Soros kata pakar politik la mase tu).Even aku rase biasa,aku tetap rase sebak bila aku teringat apa yg arwah mak ayah aku buat bila time raya puase atau raya Haji.Arwah abg aku lak memang baik sangat2!xpernah marah aku even jentik pun xpernah.Tp selalunya yg baik tu lah yg cepat pergi.AlFatihah untuk insan2 tersyg ini...

To all viewer,thanks so much view blog ni.Apapun,ana doakan antuna diberi kesihatan tubuh badan dan selamat dunia akhirat.Moga2,kita semua dpt menjalani ibadah korban dengan sebenarnya seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s atas perintah Allah Taala dan digantikan pula dengan seekor kibas....Wallahua'alam..

JADIKAN RASULULLAH S.A.W. IDOLA KITA..QUDWAH HASANAH..

RINDUKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYURGAMU..