Sunday, December 7, 2008

DAIRI ILA 1:PERJALANAN HIDUPKU SEBAGAI HAMBA ALLAH

Assalamualaikum.Alhamdulillah,dpt juga aku membina blog yg serba ringkas ini.Sekadar mengisi masa ku yang tidak juga lapang,tetapi asal ada mase yang terluang sedikit dan terhad ini,aku terus menatap laptop kesayangan ku ini.

Mengapa aku buat blog peribadi ye?Bagi aku,ini bukan blog peribadi ku.Aku ingin berkongsi sebahagian hidupku dengan sesiapa sahaja kerana aku akan rase puas.Seharian penat dengan bermacam urusan,aku nak lepas tention aku tatap laptop ni.Kadang2 apa yg aku tulis ni mcm aku baca kisah org lain.Kelakar lah pulak.hihi.

Apapun,aku mulai risau xlama lagi umur ku berganjak masuk 26 tahun.Alahai,lagi 4 tahun aku rase mcm dah tua je nak masuk umr 30.Ops,maaf ye insan yg berumur 30, aku x berniat nak sebut "tua" tu tp aku fokus pd diri ku.Lain org,lain perasaannya.Ada org xkisah pasal umur,maybe sbb dah berkeluarga.Aku ni lain lah,bujang terlajak je rasa.hehe

Malam ni,semua famili aku dah penat kemas rumah dan masak utk sambutan aidiladha.Aku pun penat jugak lah,sebelum abang aku panggil aku suruh tolong dia cepat2 aku bukak laptop ni.hahaha.Tutup lampu bilik,buat2 tido.ahakhakhak.Apepun,esok mcm biasa aku adik beradik pegi masjid negeri,after that terus pergi ziarah kubur kedua Allahyarham dan Allahyarhamah ibubapa aku.Then terus ziarah kubur Allahyarham abang aku.Ni yg nak sedih ni.

Tapi aku dah rasa biasa dgn kesedihan ni.Arwah mak aku dijemput Ilahi tahun 2001.Arwah abg aku pun tahun 2001.Arwah ayah aku meninggal mase aku form 3,tahun 1997 (mase tu ekonomi sedang gawat,gara2 George Soros kata pakar politik la mase tu).Even aku rase biasa,aku tetap rase sebak bila aku teringat apa yg arwah mak ayah aku buat bila time raya puase atau raya Haji.Arwah abg aku lak memang baik sangat2!xpernah marah aku even jentik pun xpernah.Tp selalunya yg baik tu lah yg cepat pergi.AlFatihah untuk insan2 tersyg ini...

To all viewer,thanks so much view blog ni.Apapun,ana doakan antuna diberi kesihatan tubuh badan dan selamat dunia akhirat.Moga2,kita semua dpt menjalani ibadah korban dengan sebenarnya seperti mana pengorbanan Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s atas perintah Allah Taala dan digantikan pula dengan seekor kibas....Wallahua'alam..

No comments:

JADIKAN RASULULLAH S.A.W. IDOLA KITA..QUDWAH HASANAH..

RINDUKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYURGAMU..