Thursday, August 6, 2009

Sekilas Pandang Dalam Kehidupanku

Alhamdulillah setelah lama ana xcoretkan kehidupan ana di sini, rasanya rindu nak menaip. Bukannya x online internet hari2, tp terlalu sibuk dengan perkara2 lain hinggakan nak update pun xde masa. Syukur Alhamdulillah di kesempatan ini, ana diberikan masa yg walaupun amat singkat memandangkan selepas ni ana ada kelas malam pula untuk anak murid. Dan kebetulan ari ni kita semua digalakkan berpuasa nisfu syaaban. So nak kena masak lah pulak. Tak sabar menanti kehadiran ramadhan Karim yg penuh makna saban tahun.Ana bermohon pd Allah agar dipanjangkan umur untuk menemui Ramadhan Al Mubarak.InsyaAllah..( Gembira bagai bulan purnama dah ni...rindu sgt3x!)

Dalam tempoh ana xupdate kan blog ni, mcm2 yg berlaku. Ada yg gembira dan ada juga yg xkurang hebat sedihnya. Yang menggembirakan ana ialah 2 sahabat ana yg juga org kuat Nisa' Kuantan telah pun menamatkan zaman bujang mereka dgn pilih
an pejuang masing2. Alhamdulillah... Mabruk!!! Tersenyum ana sbg kakak apabila mereka semua gembira dan melepasi alam baru. Tapi bagaimana pula dengan ana ye? Hehe...Belum tiba masanya lagi. InsyaAllah, ana yakin dalam 1juta manusia ni, akan ada seorang yg boleh menerima ana seadanya..Almaklumlah, muslimah yg cukup montel seperti ana ni, mungkin tidak sedap mata memandang. Fitrah manusia, inginkan sesuatu yang indah kerana Islam datangnya dari keadaan yg cukup indah. Jadi ana tidak menyalahkan manusia2 lain yang ingin kan keindahan pasangan mereka. Insya Allah.Ana yakin dengan doa dan takdir yang Allah tentukan dlm hidup ana. Sedang ana menaip ni, tiba2 dpt "signal" mesej dari YM, rupa2nya pengantin baru yg bg mesej (Afzan) .Apa yang dia send ye, wah syahdunya ana baca doa ni... Ingin dikongsi bersama anda " Ya Allah, jadikan kakakku ini menjadi wanita sangat yg cantik,sgt kuat,sgt sabar, sentiasa sihat, solihah & disayangi banyak orang dan yang penting menjadi orang yang Kau kasihi... Amin ya Rabb". Syukran jazilan wahai adikku...:)

Dan baru2 ini, 2 orang sahabiah ana selaku anak usrah ana telah pun ditahan polis FRU ketika belum bermulanya PERHIMPUNAN MANSUH ISA di Masjid Jamek. Apa yang membuatkan ana tidak puas hati, sahabiah2 ana ini ditangkap dengan tidak ada bukti yang mereka terlibat sedangkan saat itu tiada perhimpunan bermula. Ana yang
sedang mundar-mandir di kaki2 kedai mendengar wisel berkali2 dr polis yang berpakaian preman dan rupanya polis2 tu sedang menuju ke arah ana dan sahabiah2 td.Ana yg kebingungan dan terfikir2 adakah perhimpunan telah bermula terus berlari menuju ke bangunan Wisma Yakin. Dua org sahabiah ana yg di belakang ana td ana dah tak tahu hilang ke mana.Akhirnya, ana mendapat panggilan " Kak Mas, tlg kitaorg,kitaorg dlm trak polis".Ana dengan berlinangan airmata dan sebak menyurh sahabiah ana bersabar dan meyakinkannya untuk mencari jalan bagaimana untuk mengeluarkan mereka dr cengkaman ISRAEL MALAYSIA. Ana cepat2 menghubungi Dewan Pemuda dan kebetulan terserempak dengan Ustaz Yusuf Embong. Atas nasihat Ustaz, ana disuruh pergi ke Kem Tahanan FRU PJA Cheras Batu9 untuk menyelamatkan adik2 ana ini. Dengan kekuatan yang luar biasa, ana dengan berani nya melintas hadapan polis2 FRU dengan doa2 yg xhenti2 keluar dari mulut ku ini. Suatu perkara yang memang luar biasa, pihak FRU tidak sedikit pun menyentuh ana dan anak2 buah ana yang di belakang ana dan kami melintas hadapan mereka untuk ke LRT Central Market dengan sungguh lancar. Allah Maha Besar!Allahuakbar!

Ana bergegas ke Taman Melati untuk mengambil kereta ana yang di parking di sana. Jam menghampiri maghrib, ana bersama ustaz rosli da
n ust saharudin serta beberapa nisa' kawasan terus menuju ke kem tahanan di cheras. Dalam keadaan jalan jem dan penuh sesak, ditambah pula ana yang belum makan kerana tiada selera mengenangkan sahabiah di kem tahanan membuatkan ana sakit kepala yang amat.Tapi ana terus bertahan sehingga sampai di Kem, dengan kekuatan dr Ilahi, ana memberanikan diri bertanyakan pihak FRU yang berkawal di kem tersebut.( Terpaksa wat muka senyum2 tempoyak basi ). Akhirnya, 2 sahabiah ana dan ratusan tahanan yang disyaki menghadiri himpunan dibebaskan tanpa dakwaan. Kerana mengikut perlembagaan Malaysia, rakyat boleh berhimpun mengikut Fasal yang termaktub. Lawyer dari Pas Pusat pun telah disediakan oleh pihak Pas kerana bimbang keselamatan ahli2nya. Yang mebuatkan ana xpuas hati, sahabiah ana yang ditahan menceritakan kpd ana bahawa semasa di tahanan, tudung mereka hampir ditarik oleh seorang polis wanita yang memakai nametag bernama SHIMA. Dengan nada yg tinggi polis wanita td mengugut menanggalkan tudung labuh 2 sahabiah ana. Seorang lg polis wanita tersebut sama naik je. Sahabiah ana ini ditolak masuk ke dalam trak polis sambil polis wanita td berkata " Nah masuk dalam trak ni dan duduk dengan org bukan muhrim!!". Adakah bagus akhlak seorang polis atau kata lain WANITA ISLAM memerli sesama umat?? Alhamdulillah kami semua selamat.Namun, kami amat mengharapkan agar sejarah2 malaysia yang terjadi sejak tahun 1990an ke atas perlu dimasukkan ke dalam buku teks sejarah malaysia di semua peringkat.Kerana kebenaran itu perlu ditegakkan dan dijelaskan kepada anak2 generasi akan datang. BERSAMA MEMIMPIN ISLAM!!!ALLAHUAKBAR!!!

JADIKAN RASULULLAH S.A.W. IDOLA KITA..QUDWAH HASANAH..

RINDUKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYURGAMU..