Thursday, March 12, 2009

EVOLUSI GELOMBANG PUTIH BANTAHAN PPSMI MARCH 2009.

Gambar 1 : Kelihatan orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke ISTANA NEGARA.

Gambar 2 : Kelihatan ruang udara yang dipenuhi sisa2 semburan gas dan air water canon oleh FRU ke arah masjid negara.Satu sikap biadap FRU terhadap rumah Allah hanya untuk menyuraikan himpunan kami yang tiada keganasan.Adakah negara demokrasi namanya???Di dalam perlembagaan Malaysia pun ada menyebut rakyat boleh berhimpun sekiranya tidak berpuas hati terhadap kerajaan pemerintah.Dengan syarat perhimpunan itu mendapat kelulusan permit.Suasana gambar di atas saya ambil setelah suasana sedikit reda setelah diserang dengan bedilan gas FRU.Perjalanan kami menuju ke istana negara terhenti apabila diserang gas pemedih mata dan semburan "berbisa" FRU dan kami terpaksa berundur semula ke masjid negara.
Gambar 3 : Kelihatan FRU melepaskan berpuluh2 das tembakan gas ke udara..Jabatan Alam Sekitar tak nak saman FRU ke?Mencemarkan ruang udara betul..apa-pun, 3 hari baru kesakitan hidung dan tekak saya reda selepas begitu banyak terhidu gas dan semburan air water canon...kaya lah Amerika jual air tu kepada FRU Malaysia...( gambar ihsan dari sahabat blogger saya )
Gambar 4 : Foto ihsan dari Malaysiakini.Pelbagai pendapat mengatakan tentang perlaksanan PPSMI di sek ren dan men.Apapun,sy sbg bekas seorang guru maths dan sains yang pernah menghadiri kursus ETEMS(PPSMI) selama 15 hari, merasakan perlaksanaan ini adalah terlalu drastik dan tidak relevan di sesetengah tempat.Golongan yang mengatakan "tak kisah" tentang perlaksanaan PPSMI ini mungkin tidak meninjau prestasi di luar2 bandar.Jangan kata luar bandar, malah hampir sebahagian sekolah di Kuantan tempat kelahiran saya ini pun pelajar-pelajar masih tidak fasih dan tidak mampu untuk mengikuti subjek dalam bahasa asing ini.Ada yang berpendapat ianya bagus kerana dalam bidang perubatan semua references book dlm bahasa inggeris.Tetapi kita sebenarnya perlu melihat dari semua bidang sepatutnya.Mengapa kita begitu teruja untuk memperkayakan dan memperluaskan bahasa asing sbg bahasa pengantar dalam pembelajaran kita?Mengapa kita tidak memperkaya dan memperteguhkan bahasa ibunda kita sendiri?Impaknya, pelajar-pelajar keliru mana 1 bahasa yang perlu mereka ikuti.Mereka bingung ketika ingin menjawab soalan dalam bahasa yang mana 1 jika soalan ada pula yang diberikan di dalam dwi-bahasa?Akhirnya jawapan pun lingkup....pelajar pun K.O..
Gambar 4 : Saya dan beberapa muslimah yang hadir membantah PPSMI cepat2 berlari selepas tak tahan terhidu gas pemedih mata.Peritnya tekak dan hidung tak tau nak cakap la.Rasa nak pengsan pun ada.Saya nak letak garam bawah lidah pun tak sempat dah. Sesak nafas pun ada. Kanak-kanak yang turut hadir bersama ibu bapa mereka menjerit-jerit pedih dan sesak nafas.Zalimnya FRU yang kononya menjaga keamanan negara walhal hampir membunuh generasi yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan di masa depan.Ramai yang tidak bersetuju mengapa kanak-kanak dibawa ke perhimpunan tersebut,tetapi bagi saya biarlah kanak-kanak ini tahu tentang sejarah negara kelahirannya dan apabila dewasa mereka akan ingat sejarah pahit ini.Nak harap peristiwa-peristiwa bersejarah ini diterbit di dalam buku teks sejarah di sekolah-sekolah?Jangan haraplah....

Gambar 5 : Kelihatan seorang pemuda yang tak tahan pedih nya gas FRU membasuh muka.Di sebalik kolam pancutan air, kelihatan objek berwarna merah iaitu Lori FRU yang sedang menggila masih lagi cuba melontarkan gas ke arah kami yang tiada senjata, malah batu sekalipun tiada di tangan.Apakah semua FRU di Malaysia gila hendak berperang??Pergi Palestine lah!!!


Gambar 6 : Persatuan2 Mahasiswa yang turut serta pada demonstrasi GELOMBANG PUTIH.Tp terbalik lah pulak poster tu..Apa pun xkisah lah asalkan kita bantah PPSMI!Orang yang perasan bijak dan pentingkan diri sendiri aje sokong PPSMI ni.Satu perlaksanaan yang tiada testimoni malah terus dilaksanakan tanpa melihat kelemahannya!Pembaziran kursus2 PPSMI di seluruh Malaysia.Ilmu di mana2,tp jgn membazir dgn tidak relevannya strategi hang pa!

Gambar 7 : Siapa yang mengganas?RAKYAT ATAU POLIS FRU?Siapa yang meghalang perjalanan kami?Siapa yang membuat keadaan jalan raya sesak?Siapa yang melakukan pencemaran alam dan pencemaran bunyi?????Semua FRU!!!Tepat 100%!Sembur lah kitaorang yg tiada senjata ni,halang lah kitaorang yang memperjuangkan masa depan untuk anak2 hang pa jugak,lama2 hang pa balik pikiq lah!( Gambar Ihsan )



Gambar 8 : Kehadiran A.Samad Said dan bekas Pengarah.Perjuangkan bahasa melayu!!!( Gambar Ihsan )
Gambar 9 : Sebutir bedilan gas FRU jatuh menyembah bumi...Masjid negara tempat kami berkumpul di baling dgn gas2 dan semburan air.Beginikah polis2 Malaysia menjaga keamanan yg mereka sendiri ciptakan huru-hara? ( Gambar Ihsan )

3 comments:

Rijalul Siasah said...

TAKBIR!ALLAHUAKBAR!!!!!!!LEPAS NI BANTAH ISA PULAK!SMG ANTI TERUS BERANI MEMEGANG PANJI ALLAH!SUBHANALLAH!

Pena Cairo said...

assalamualaikum.tegakkan AGAMA , tegakkan DUNIA.Siasatuddin wa siasatudunniya bih!

cikgu sharifah said...

Salam Mas, lama cg tak jengok. Semangat juang yang tinggi, tahniah...

JADIKAN RASULULLAH S.A.W. IDOLA KITA..QUDWAH HASANAH..

RINDUKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYURGAMU..