Saturday, February 21, 2009

KESIAN KUCING KU..


Gambar 1 : Mumba ketika berumur setahun lebih, gambar sebelum cedera.


Assalamualaikum.Dah seminggu kucing jantan aku yang bernama MUMBA ni injured kat perut.Aku xtau mumba luka disebabkan apa.Aku malas nak tunjuk luka Mumba kat picture ni,takut ada yang pengsan kang.hehehe.Luka mumba ni mcm kena tembak dengan peluru sebab luka dia berlubang besar teruk sangat. Actually aku mula2 xfikir yang luka dia teruk,sebab petang tu abang aku dah bgtau yang salah sekor kucing aku ni luka.Aku fikir luka mumba sikit-sikit aje,jd malas nak beriya sangat tengok sbb bila aku pandang Mumba,dia tengah tidur.Maybe tengah sakit sangat mase tu.Last2 b4 tusyen malam tu,anak murid aku datang nak tusyen dan nampak luka mumba teruk sangat.Aku pun tengok lah dan aku cepat2 berkhidmat sbg "doktor haiwan" balut dan cuci luka mumba.semua adik beradik aku surrender xnak tengok, sbb xsanggup.Tp aku gagahkan mata aku untuk lihat luka dalaman mumba hingga menampakkan isi perut tu.
Sejak malam tu,mumba pun terus mendapat layanan special la dr aku berbanding kucing2 lain.Siap aku bg tidur dalam bilik aku,supaya dpt tgk pergerakan dia takut dia gigit balutan atau xselesa dengan ikatan bandage tu.Sehari,sebanyak 3 kali aku tukar bandage dan gauze(kain kapas yang dah steril dari farmasi-bebas dr kuman).Sapu guna flavine(ubat kuning).Mumba sekali sekala berbunyi juga bila aku cuci sekitar luka tu.Tp aku gosok2 kepala dia,cara2 nak lembutkan dan manjakan kucing(aku belajar dr doktor haiwan yang rawat kucing2 aku b4 this). Kali ni,Mumba cedera tp aku x bawak ke klinik.sbb semua ubat dan alatan rawatan aku dah standby awal2.
Skrg dah seminggu Mumba dibalut,aku kononnya pagi2 e
soknya nak buka balutan bandage pada perut mumba.Mcm tau2 je balutan dia tu boleh tanggal time tu,mumba dah tanggal sendiri guna kaki dan kuku2 serta giginya yg tajam hehehe..Almaklumlah dah c hat,ada kekuatan nak bergerak.Klu x, aku pegang badan mumba c kit aje,tumbang melebih2 sbb takut pegang luka dia.ahakhakhak.Mumba..mumba..x sia2 aku kutip kau dan sekarang rezeki kau duk umah aku dpt makan free 3 kali sehari...smg mumba "mendoakan" aku sbg tuannya di akhirat kelak...InsyaAllah...Hanya Allah sahaja yang tahu...Gambar 2 : Mumba setelah dirawat akibat cedera bahagian dalaman hingga menampakkan isi perutnya.Kini Mumba berumur 2 tahun.
Gambar 3 : Kira OK jugak lah aku balut kan.(hehe..puji diri sendiri tu..)
Gambar 4 :
Amboi boi boi...Aku berpeluh2 cuci luka mumba,dia sedap2 aje jilat badan ye.hehe

No comments:

JADIKAN RASULULLAH S.A.W. IDOLA KITA..QUDWAH HASANAH..

RINDUKAN LAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYURGAMU..